Keperluan Penguasaan Bahasa Standard Kepada Anak-Anak

Keperluan penguasaan bahasa yang standard untuk keperluan masa hadapan yang bermula di peringkat awal kanak-kanak belajar, melalui pendedahan awal di tadika dan di rumah. Anak-anak dapat mempraktikkan bahasa yang baik dan difahami oleh orang lain.

Malah untuk saling berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa, anak-anak perlu menguasai satu bahasa yang sama supaya mereka dapat berbual dan berkongsi minat dan idea tanpa sebarang halangan.

Anak-anak akan semakin terdorong untuk memperbaiki dan menambah kosa kata apabila ramai yang memahami apa yang ingin mereka sampaikan. Ini membuka ruang anak-anak untuk lebih berani mencuba perkataan-perkataan baru dalam pembinaan ayat.

Penguasaan bahasa yang standard juga memberi banyak kebaikan dari sudut kreativiti anak-anak dalam memberi jawapan. Kadang-kadang jawapan yang diberikan mereka tidak pernah difikirkan oleh orang dewasa. Lucu tetapi bijak.

Bahasa standard ini bukan untuk memudahkan tugas guru semata-mata tetapi menerapkan budaya saling menghormati di antara satu sama lain dikalangan murid pelbagai kaum, bermula praktis dari pra-sekolah membawa sehingga ke alam dewasa mereka kelak.

Ini sebagai persiapan anak-anak menghadapi masa hadapan.

Penulis : Puan Nurdiyanah Dzulkarnain

 

 

Please follow and like us:
0

Momen Ibu Bapa dan Anak : Menerima Wang Upah

Dahulu, ada sesetengah ibu bapa yang tidak pernah memberi upah duit pada anak-anak apabila membantu mereka membuat kerja harian di rumah.

Ada juga yang mendapat upah dengan menghantar seguni (kecil) koko kering ke kedai. Pada masa itu, nilai 50 sen diibaratkan seperti mendapat seketul emas.

Tidak kurang juga ada yang pernah mendapat upah sebagai ganjaran berpuasa di bulan Ramadan. Sehari 50 sen. Namun, selepas beberapa tempoh masa, kesedaran mulai timbul. Berpuasa di bulan Ramadan adalah satu tanggungjawab. Ia tidak dapat dinilai dengan upah yang diberikan. Ia merupakan tuntutan agama.

Bagaimana pula dengan zaman ini? Apakah cara memotivasikan anak masih sama atau berbeza? Dahulu, tujuannya untuk memotivasikan anak-anak pada perkara yang bukan rutin.

Di Tadika ABS (Aktif Bijak Santun – Tadika ABS), ada satu modul pembelajaran yang dipanggil A’RAF. Salah satu topik, hampir sama dengan konsep ‘menerima wang upah’.

Tujuan ini adalah untuk anak-anak memahami bahawa setiap RM itu, ada ‘mahar’nya untuk diterima dengan memenuhi senarai tugasan di rumah, di atas persetujuan upah daripada ibu bapa untuk melaksanakannya.

Input yang direka secara ‘separa sedar’ untuk anak-anak ini dapat membantu mereka memahami bagaimana ibu bapa perlu bekerja (memerah tenaga) untuk mencari rezeki. ‘Duit’ dalam bentuk bayaran itu, datang atas hasil daripada satu pekerjaan.

Memberi penjelasan kepada anak-anak akan hal ini memerlukan sesi dialog yang baik dan skrip yang tepat supaya anak-anak memahami dalam bahasa yang mudah.

CHANGE YOUR WORD

CHANGE YOUR WORLD

Please follow and like us:
0

Memori Yang Masih Kekal

Anak-anak punya memori kekal daripada banyak perkara yang dilihat kecil dan biasa-biasa. Masih bolehkah memori bersama ayah dan ibu diimbas kembali sepanjang umur hingga ke hari ini?

Atau, masih kekalkah memori bersama mana-mana ahli keluarga?

Antara pengalaman yang kekal bersama adik-beradik ialah, setiap hujung minggu bertugas menjadi ‘tukang angkut seterika arang’ dari rumah ’embah’. Kakak akan menggosok semua baju ahli keluarga.

Tanpa sedar, kini, apabila mempunyai anak-anak sendiri, anak sulung membuat rutin untuk membantu menggosok baju adik yang belum boleh memegang seterika.

Momen yang kecil dan biasa-biasa, mampu memberi kesan kepada alam dewasa seseorang.

Tanya diri, sudahkah memori dicipta bersama anak-anak?
Atau, apa inisiatif yang diambil?

How can we change the setting of our daily OR holiday routine that coincidently will change our choice of words?

CHANGE YOUR WORD

CHANGE YOUR WORLD

Puan Noraminah Omar

Please follow and like us:
0

Anak-Anak Yang Gembira, Lebih Mudah Belajar Dengan Tenang

Anak-anak yang gembira lebih mudah belajar dengan tenang dan cepat memahami konsep baru dan beradaptasi dengan suasana baru.

Suasana yang ceria, tenang dan menyeronokkan merupakan satu situasi yang memudahkan proses pembelajaran anak-anak tidak kira dimana mereka berada.

Jadikan suasana yang sama di rumah. Libatkan semua ahli keluarga ketika sedang melakukan aktiviti pembelajaran.

Contoh, subjek Sains. Sains adalah subjek yang sentiasa punyai magisnya yang tersendiri dan sentiasa membuat mereka teruja.

Ada terdapat banyak eksperimen mudah yang boleh dibuat bersama dan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.

Botol mineral, air, pewarna makanan, kertas dan banyak lagi bahan-bahan terpakai boleh didapati di dalam atau luar rumah. Hanya Google sahaja, berpuluh idea eksperimen akan muncul di layar komputer riba.

Untuk menjayakan eksperimen ini, senaraikan bahan-bahan yang diperlukan. Berikan setiap anak tugasan untuk mencari atau menyediakannya. Ini dapat mengajar mereka erti tanggungjawab dalam menyelesaikan tugas.

Setelah semua bahan terkumpul, berikan arahan kepada anak-anak untuk melakukan sendiri eksperimen tersebut. Cara ini supaya mereka dapat merasai sendiri pengalaman itu dan melihat hasilnya. Ketika ini, ibu bapa memantau setiap langkah eksperimen anak-anak.

Anak-anak akan berasa seronok kerana mencuba sesuatu yang baru. Lebih menyeronokkan apabila melihat sendiri apa yang mereka kerjakan itu membuahkan hasil yang sepatutnya.

Perbincangan dan penelitian bersama ahli keluarga dapat membantu pemahaman anak-anak tentang dunia sains, sekaligus membina komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak-anak serta adik-beradik. Mereka juga belajar bahawa untuk menjayakan sesuatu perkara itu, dengan usaha dan semangat kerjasama agar apa yang diusahakan itu menjadi mudah dan cepat.

Puan Nurdiyanah Dzulkarnain

 

Please follow and like us:
0

TADIKA ABS BUKAN FRANCAIS

Perkara penting tentang ABS ialah:

  1. Bukan francais : membolehkan usahawan berkembang secara fleksibel dengan menawarkan pakej perlesenan.
  2. Tidak mengambil alih tugas usahawan : semua berkenaan hal mengembangkan bisnes, menyusun strategi, cara pengurusan, dibimbing dengan panduan sahaja.
  3. Mahu pengusaha tadika terus berada dalam industri pilihan : membuat satu keputusan bisnes meskipun pilihannya pada masa akan datang adalah membuka tadika persendirian atau model bisnes lain.

    Melainkan modul dan pakej perlesenan khusus, ABS menawarkan kelas-kelas dan produk untuk bisnes tadika terbuka kepada semua.

Please follow and like us:
0

Berbual Itu Ada Masa Dan Ketikanya

Waktu makan adalah waktu berkumpul bersama keluarga. Ketika inilah ibu bapa dan anak-anak akan berbual bersama. Ia sudah jadi satu budaya di meja makan. Budaya ini TIDAK hanya terhad semasa waktu makan.

Biasanya topik yang dibualkan adalah sekolah, tempat kerja, kejiranan, isu semasa dan banyak lagi. Semuanya topik baru. Atas sebab itu, waktu makan adalah penting untuk kita duduk bersama.

Waktu makan ialah waktu untuk kita bertenang, menikmati hidangan dan memanjatkan kesyukuran. Apa yang lebih menambah kemanisan ialah apabila hidangan itu daripada air tangan ibu atau bapa yang memasak. Siapa yang tidak gembira apabila anak-anak dan pasangan berselera menghabiskannya. Ia menambah keceriaan suasana ketika makan.

Apa pun, tidak semestinya pada masa makan perlu berbual dan bersembang. Boleh saja berbual dan bersembang santai dengan topik yang ringan.

Tidak semua topik sesuai dibincangkan lebih-lebih lagi berkaitan dengan perkara yang melibatkan hal kehidupan.  Masa yang dipilih haruslah bersesuaian dengan keadaan. Bilakah waktu yang tepat?

  1. Setelah beriadah : berlari perlahan ketika mendapatkan semula rentak pernafasan normal.
  2. Selesai makan : sambil mengemas meja dan mencuci pinggan serta minum kopi.
  3. Berhenti berjalan-jalan : duduk sambil makan aiskrim.
  4. Bersiap-siap sebelum tidur (sesekali ‘pillow talk’ dengan anak-anak), bercerita tentang impian dan mimpi baik-baik.
  5. Ketika dalam perjalanan (dalam kenderaan atau menaiki pengangkutan awam) menuju ke destinasi.
  6. Untuk yang beragama Islam : selepas solat, berbual dan minum ringan.

Bila masa jua masa yang sesuai, adalah pada masa yang tepat.

“CHANGE YOUR WORD

CHANGE YOUR WORLD”

Parenting Seminar

5 Mei 2018

9.30 pagi – 1.00 tengah hari

Gombak KL

 

Please follow and like us:
0

SANTUN di Tadika ABS (Bahagian Akhir)

Akhir sekali di dalam perkataan ABS ialah huruf ‘S’ – Santun.

SANTUN menjadi landasan kepada pendekatan dalam proses pembelajaran dan pendidikan yang membawa kepada tujuan mengembalikan peradaban yang berbudaya tinggi.

1. Guru-guru dilatih untuk mengaplikasikan penggunaan bahasa dengan susunan dan ayat yang baik.

Ini mampu mempengaruhi anak-anak untuk bercakap dan bertutur dalam bahasa yang baik. Anak-anak juga akan lebih memahami arahan dan patuh kepada guru, sekaligus melatih mereka untuk bercakap baik kepada ibu bapa.

2. Guru-guru dilatih untuk biasa dan membudayakan kata-kata dorongan positif diambil dan disusun berdasarkan skrip aplikasi Teknik Nabi

Guru menutup mata kepada kesalahan anak-anak dan fokus kepada kebaikan yang dilakukan oleh mereka walaupun perbuatan itu nampak biasa-biasa saja. Teknik Pujian yang digunakan ini mampu diaplikasikan oleh anak-anak kepada rakan-rakan mereka juga.

3. Program yang berstruktur dengan modul berbentuk aktiviti komunikasi dan pertuturan disediakan dengan jadual pemantauan di tadika.

Modul rujukan disediakan kepada guru-guru mengikut silabus dan masa yang ditetapkan berdasarkan KSPK.

4. Program tambahan sebagai bimbingan aplikasi komunikasi yang positif disediakan untuk sesi melatih kemahiran asas bahasa Inggeris.

Apabila anak-anak sudah menguasai bahasa ibunda, kemahiran menguasai bahasa kedua, iaitu Inggeris juga dilatih supaya mereka dapat menghormati bahasa ibunda bangsa/negara lain.

5. Skrip dan pendedahan kepada budaya dan cara bermasyarakat dimasukkan secara langsung dalam modul ARAF dan Sains Bercerita Little Ibnu Sina.

Anak-anak dilatih menggunakan skrip ketika melakukan jual beli di dalam modul ARAF dan bagaimana menyantuni pelanggan dan mereka yang menerima sedekah.

Di dalam modul Little Ibnu Sina pula, subjek Sains yang disampaikan di dalam bentuk penceritaan, mengajar anak-anak hidup bermasyarakat dan penuh dengan nilai-nilai budaya yang baik.

Anak-anak akan hormat dan bangga dengan budaya dan cara hidup bangsa mereka dengan penggunaan bahasa ibunda.

Pendedahan kepada perbezaan budaya dan cara hidup membolehkan mereka menghargai dan menghormati yang lain.

AKTIF BIJAK SANTUN
“Perjuangan mengembalikan peradaban yang berbudaya tinggi.”

#aktifbijaksantun
#pendidikanawal
#santun
#perjuangan
#peradaban
#budayatinggi

Please follow and like us:
0

Cipta Kenangan Yang Tidak Dapat Dilupakan

Mencecah usia 20-an, sebagai orang dewasa, berikan sedikit masa untuk melihat kembali diri sendiri. Sekitar usia 4 hingga 6 tahun dan 7-12 tahun, apa kenangan yang tidak dapat dilupakan?

Apa yang menjadikan siapa seseorang individu itu pada hari ini adalah kebanyakan memori pada umur ketika itu. Begitu juga keadaannya dengan anak-anak. Waktu yang diluangkan bersama mereka, akan menjadi memori yang kekal dalam minda anak-anak. Memori yang mana? Ia tidak diketahui.

Masih segar dalam ingatan, kakak sulung akan membasuh kain dan baju setiap pagi hari Sabtu. Halaman pula akan dikemas oleh kakak nombor dua. Mak, seperti biasa akan menguruskan hal lain di dalam rumah dan di dapur.

Setiap anak-anak punya rutin khusus untuk dilakukan meskipun sama-sama menguruskan hal rumah. Untuk masak tengah hari, sekitar jam 10 pagi, Mak sudah sibuk ke kebun mencari sayur.

Ini antara momen-momen yang diingati sehingga ke hari ini pada usia lebih 40 tahun.

Berhenti sejenak dan renungkan…

Apakah memori yang dicipta bersama anak-anak?

Masa kini, telefon bimbit menjadi keperluan individu dalam hampir setiap rumah. Alat ini tidak lepas dari tangan masing-masing.

Tiada lagi pengalaman di kebun, sawah dan kampung kerana anak-anak yang membesar di bandar.

Masih adakah lagi memori ini untuk diingati bersama?

“CHANGE YOUR WORD

CHANGE YOUR WORLD”

Parenting Seminar

5 Mei 2018

9.30 pagi – 1.00 tengah hari

Gombak KL

Please follow and like us:
0

BIJAK di Tadika ABS (Bahagian Kedua)

ABS membawakan program pendidikan prasekolah khas untuk anak-anak dan keluarga. Program ini sangat menggalakkan penglibatan guru, ibu bapa dan ahli keluarga lain dalam perkembangan sahsiah, akademik dan agama anak-anak.

Tadika ABS bermaksud Aktif Bijak Santun. Setiap satu perkataan ini ada kisah dan tujuan disebaliknya yang menjadi visi dan misi kami di Tadika ABS.

Berikut adalah apa yang ditawarkan kepada ibu bapa dan anak-anak daripada program di Tadika ABS.

 

2. BIJAK di Tadika ABS.

Di Tadika ABS, BIJAK menekankan kepada pembangunan karakter dan sikap anak-anak. Ini adalah berdasarkan daripada 6 pujian Saidatina Khadijah kepada Nabi.
.
Pertama, menjaga persaudaraan.

Kebijaksanaan dan kemahiran dibangunkan. Mampu berkomunikasi, berkolaborasi dan seumpamanya adalah hasil daripada kebijaksanaan bersosial.

Kedua, berkata benar.

Berkait rapat dengan integriti. Kepercayaan yang ditanam pada anak-anak bahawa apa yang  dikata, akan dibuat meskipun tanpa ada orang yang memerhati dan melihatnya.

Ketiga, memikul beban orang lain atau altruism.

Rasa kebertanggungjawaban yang menebal dalam diri. Walaupun sesuatu perkara itu bukan tugas khusus yang perlu diselesaikan oleh seseorang individu, namun ia dilakukan demi kesejahteraan orang lain.

Contoh mengalihkan dahan pokok di tengah jalan atau mengutip sampah di dalam longkang.

Keempat, menghormati tetamu.

Sifat yang  menjadikan seseorang itu pandai berdiplomasi. Kebijaksanaan berdiplomasi membolehkan kita sentiasa diterima, samada kawan atau lawan. Meskipun ada banyak perbezaan, kebolehan ini juga dapat memastikan individu itu boleh membawa diri dengan baik pada semua orang.

Kelima, mengadakan apa yang ada.

Sifat individu yang sentiasaberinovasi dan hasilnya memudahkan orang sekeliling dan masyarakat.

Contoh mop dengan pemegang sebagai pemutar memudahkan perahan air daripada mop tanpa perlu menggunakan tangan.

Keenam, memperjuangkan kebenaran.

Sesuatu yang benar, ditegak dan diperjuangkan sebaik mungkin agar masyarakat terdidik dengan keadilan.

Keutamaan adalah mengikut urutan berdasarkan 6 ciri dan sifat yang dibina dalam BIJAK

Please follow and like us:
0

Cipta Pengalaman Bersama Anak-Anak

Ibu dan bapa kadangkala mahu mencipta momen indah dan mengabadikan kenangan itu dengan mengambil gambar bersama anak-anak. Tidak hairanlah jika di media sosial, akaun peribadi seseorang itu penuh dengan foto anak-anak bersama ibu bapa yang dimuatnaik.

Ibu bapa sendiri pasti ada saat tertentu bersama ayah dan emak masing-masing. Cuba ingat kembali.

Antara beberapa momen yang paling diingati contohnya :-

1. Waktu jambatan menghala ke Lumut baru dibuka, ayah bawa menaiki motosikal menyeberang jambatan.

2. Setiap pagi Sabtu atau Ahad, emak ke kebun dan mengajak mengikutnya naik basikal ke kebun mengutip biji koko. Waktu itu belum lagi bersekolah.

3. Selepas sekolah, ayah singgah ke ATM Maybank untuk keluarkan duit RM100. Setiap kali itu juga, ayah beri peluang untuk tekan papan kekunci ATM.

4. Emak buat biskut kacang Mazola setiap kali mahu Aidilfitri dan minta bawa keluar biskut-biskut dari dulang untuk disejukkan.

5. Ayah ikat selendang baju pengawas setiap kali sebelum ke sekolah sesi petang.

Ini adalah antara momen yang menjadi kenangan sepanjang masa antara ibu bapa dan anak-anak.

Ada banyak lagi memori indah yang tercipta dan bakal dicipta bersama.

Guna masa ibu bapa dan anak-anak yang terluang sebaiknya. Kenangan manis itu memberi impak positif kepada hubungan ibu bapa – anak-anak sehingga mereka menginjak dewasa.

“CHANGE YOUR WORD

CHANGE YOUR WORLD”

Parenting Seminar

5 Mei 2018

9.30 pagi – 1.00 tengah hari

Gombak KL

Please follow and like us:
0