Tentang kami

LATAR BELAKANG SYARIKAT

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D) ialah sebuah syarikat pengurusan bisnes pendikan kanak-kanak pra sekolah. Ia merupakan sebuah anak syarikat dalam sebuah kumpulan bisnes pendidikan di ABS.

VISI

Menjadi pendokong utama kepada pembangunan bisnes pendidikan prasekolah di Malaysia.

MISI

Menghasilkan sistem dan dokumen pengurusan bisnes pendidikan prasekolahyang lebih efisyen.

Mengeluarkan bahan sokongan pendidikan yang berinovasi dan sesuai diadaptasi dalam semua jenis pengurusan bisnes pendidikan kanak-kanak.

Mengedarkan bahan-bahan cetak, online dan offline, audio dan visual dengan kandungan yang berkualiti.

Salah satu tadika yang menggunakan program Aktif Bijak Santun

OBJEKTIF PENDIDIKAN

Untuk membangunkan generasi yang aktif, bijak dan santun dengan mengekalkan sikap bekerjasama, berintegriti, berinovasi, sanggup memikul beban orang lain, pandai berdiplomasi dan memperjuangkan kebenaran.

NILAI-NILAI TERAS ABS

PATUH SYARIAH

Pematuhan menyeluruh dengan prinsip syariah akan meyakinkan orang ramai dan pelanggan terhadap kredibiliti jenama ABS.

INOVATIF

Inovasi adalah pemacu pertumbuhan syarikat. ABS percaya inovasi adalah perkara wajib untuk kekal relevan dengan pasaran.

GRUP GENIUS

ABS meraikan kebijaksanaan bersama. Tidak ada hero dalam organisasi, hanya orang-orang biasa yang pandai bekerjasama untuk menghasilkan inisiatif dan solusi yang luar biasa.

Carta Organisasi Kerja
Tim Pengurusan Utama

Pencapaian 2014 - 2017

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

kelas-bimbingan-buka-tadika-batu-pahat-jdt-small-1.png

KHIDMAT NASIHAT BISNES PENDIDIKAN​

Khidmat konsultasi menggunakan konsep “consultative marketing” kepada syarikat-syarikat pengurusan tadika.

Khidmat ini berdasarkan keperluan yang akan dijalankan melalui data pelanggan yang hadir ke semua program kendalian syarikat termasuk dan tidak terhad kepada :

Kelas latihan bisnes
Bengkel bisnes
Coaching
Seminar dan Bengkel

logo-aktif-bijak-santun-abs-TRADE-MARK.png

PROGRAM PERLESENAN AKTIF BIJAK SANTUN

Jenama AKTIF BIJAK SANTUN mensasarkan pembangunan program prasekolah dengan usaha ke arah membina sebuah generasi yang bangga dan hormat kepada penggunaan bahasa ibunda sebagai rakyat Malaysia.

Pada masa yang sama, pengusaha bisnes yang menjalankan perusahaan ini, dapat meggunakan jenama AKTIF BIJAK SANTUN yang dipercayai dan menerima sokongan khidmat nasihat dalam hal ehwal pengurusan bisnes dengan amalan lazim yang standard.

MODUL SAINS LITTLE IBNU SINA DAN KELAB ARAF

Modul ini sesuai digunakan bagi tadika atau pusat perkembangan kanak-kanak berusia 3-6 tahun.

Modul Sains Little Ibnu Sina yang disampaikan dalam bentuk penceritaan dengan watak-watak seperti Mat Plastisin, Pakcik Kismis dan Puteri Kadbod merangsang kecerdasan 'visual spatial dan verbal linguistik'.

Eksperimen pula merangsang kecerdasan logik matematik. Manakala kraf merangsang kecerdasan 'bodily kinesthetics'.

Kelab ARAF pula merupakan modul keusahawanan untuk melentur generasi celik wang yang mempunyai kemahiran ‘survivor’ yang tinggi.


ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
No 14, Jalan TC2A/2,
Taman Cemerlang,
53100 Kuala Lumpur.
Hotline : 011 1323 2239
media[at]aktifbijaksantun.com

AktifBijakSantun © 2017 . Hakcipta Terpelihara
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Safari, Chrome atau Firefox yang terkini | Kemaskini terakhir: 24 September 2017