LAMAN UTAMA

"Membangunkan Insan Sejati"

Kita mahu membangunkan manusia atau insan yang sejati yang saling bantu-
membantu, tolong-menolong dan bertimbang rasa sesama manusia atau insan lain.

Anak-anak lelaki menjadi anak-anak yang tahu menjadi pelindung, ketua dan mampu
menjaga dirinya dan orang lain.

Manakala anak-anak perempuan pandai menjaga

kehormatan dirinya, membuat keputusan dan menjadi pendorong yang baik.

APA ITU
AKADEMI MEMANAH ABYAD?

Akademi Memanah Abyad ialah sebuah entiti yang menjalankan aktiviti pengajaran,
pendidikan dan memindahkan kemahiran yang berasaskan kepada aktiviti memanah
untuk anak-anak berusia 4 – 12 tahun. Aktiviti yang bersturktur ini boleh dijalankan di
premis pembelajaran anak-anak atau di lokasi yang sesuai mengikut situasi dan
program yang dijalankan.

‘Abyad’ atau warna putih di dalam bahasa Melayu dipilih kerana kanak-kanak adalah
umpama kain atau kanvas putih yang dicorakkan oleh ibu bapa dan persekitarannya.
Sekiranya perkara-perkara positif diberikan maka akan lahir insan-insan yang sentiasa
berfikiran positif.

program memanah

Program memanah ini disusun untuk sesi yang berjalan selama 10 bulan secara
berkala. Ia bermula dengan fasa yang paling asas, kepada fasa yang lebih kompleks
mengikut keperluan pendedahan kemahiran kepada anak-anak.

Program yang membangunkan penguasaan kawalan fizikal dalam memanah, banyak
kaitan dengan koordinasi antara semua bahagian tubuh dan kemahiran kawalan fungsi
semua deria yang ada.

Penyusunan jumlah jam aktiviti yang fleksibel memboleh anak-anak 4 – 12 tahun
mengekalkan masa untuk mengembangkan bakat akademik di pusat pendidikan
masing-masing disamping melakukan aktiviti ini.

ALAT BANTU BELAJAR

Program memanah ini juga datang dengan pakej alat dan bahan belajar yang bersifat
boleh lupus. Ia bergantung kepada latihan dan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak.

Semakin mahir anak menguasai setiap kemahiran, semakin rendah kos yang diperlukan
untuk mengekalkan bahan alat bantu belajar yang mereka gunakan.

Antara alat yang penting termasuklah busur dan anak panah.

5 OBJEKTIF AKADEMI MEMANAH ABYAD

  1. Untuk memberikan pendedahan kepada anak-anak kepada kemahiran memanah
    yang melibatkan kekuatan koordinasi anggota tubuh dan daya fokus.

  2. Untuk memberi pendedahan kepada teknik-teknik yang digunakan dalam aktiviti
    memanah untuk tujuan membangunkan keyakinan dan jati diri kepada anak-anak.

  3. Untuk mengenalpasti dan membangunkan bakat anak-anak supaya dapat
    dibangunkan dengan sokongan ibu bapa, keluarga dan masyarakat.

  4. Untuk mempromosikan salah satu jenis sukan tradisi yang kini sudah melalui evolusi
    zaman yang diterima oleh masyarakat secara nasional.

  5. Untuk memberikan penekanan kepada keperluan aktiviti sukan bagi pembangunan
    insan masa hadapan yang melangkaui tujuan acara dan perlumbaan.

SIAPA YANG SESUAI MENGIKUTI PROGRAM AKADEMI MEMANAH ABYAD?

  1. Anak-anak yang berumur 4 – 12 tahun yang mahu mencuba dan meneroka bidang
    kemahiran baru, dan juga melatih untuk menguatkan daya konsentrasi.

  2. Pusat pendidikan kanak-kanak tempatan atau kelab-kelab aktiviti anak-anak yang
    mempunyai pelajar atau ahli berusia 4 – 12 tahun yang mahu menyertai program
    yang seronok dan mencabar.

  3. Persatuan, organisasi atau ejensi dan mana-mana badan lain yang mahu
    memberikan pendedahan kepada kumpulan sasaran umur 4 – 12 tahun untuk
    penyertaan dan pengendalian aktiviti dan sebarang acara fizikal yang sesuai.

  4. Individu yang bekerja dengan anak-anak berumur 4 – 12 tahun yang mahu
    memberikan pendedahan dan pengalaman meneroka aktiviti fizikal yang
    memberikan lebih cabaran bukan sahaja kepada pembangunan fizikal, malah daya
    kawalan diri dan emosi.

MANFAAT KEPADA INDUSTRI PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Memberi peluang kepada semua pengusaha dan pendidik dalam bidang pendidikan anak-anak untuk memberikan khidmat tambahan kepada keperluan semasa.

Aktiviti memanah yang disusun struktur dan silabusnya yang memenuhi keperluan pelbagai perigkat umur dan tahap fizikal anak-anak membolehkan anak-anak menyertainya dengan selesa.

Latar belakang aktiviti sukan ini dengana asas pendidikan yang memberikan fokus kepada perkembangan anak-anak di luar konteks IT dan teknologi membantu perkembangan kemajuan industri.

MANFAAT KEPADA ANAK-ANAK

Memberikan pengalaman yang unik dalam membentuk kestabilan emosi dengan aktiviti fizikal yang terkawal.

Meningkatkan tahap keyakinan diri anak dengan penyertaan aktiviti yang memerlukan kemahiran penggunaan bahagian badan secara fizikal dan berkumpulan.

Memahami semangat kesukanan, setiakawan dan kesabaran dalam setiap aktiviti yang menggunakan kemahiran sukan memanah.

Mengenali potensi dan bakat serta kemahiran tambahan.

MANFAAT KEPADA MASYARAKAT

Mengetengahkan anak-anak yang positif dengan penglibatan mereka dalam aktiviti sukan yang sihat.

Membolehkan latihan lanjut kepada sukan memanah untuk membangunkan sebuah masyarakat yang lebih dinamik dan pandai bekerjasama.

Memperbaiki pengetahuan dan urusan kemasyarakatan melalui penglibatan keluarga dan komuniti dalam program dan aktiviti memanah yang dijalankan oleh akademi.

Meningkat kesedaran tentang aktiviti sukan fizikal yang menjadi tuntutan sepanjang masa.

MANFAAT KEPADA IBU BAPA

Bakat anak-anak yang dapat di’profile’kan dengan adanya pendedahan awal.

Membolehkan pengenalan kepada peraturan dan rutin dalam aktiviti memanah sebagai satu cara mendisiplinkan anak-anak.

Membuka peluang baru kepada anak-anak untuk memupuk bakat mereka
dalam bidang sukan.

Mendapat peluang anak-anak menerima sokongan membangunkan daya
percaya diri .

SENARAI TADIKA YANG MENAWARKAN AKTIVITI MEMANAH DI BAWAH AKADEMI MEMANAH ABYAD

Tadika ABS Nasyrah Hentian Kajang Selangor

Tadika ABS Nasyrah Seksyen 4 Bandar Baru Bangi Selangor

Tadika ABS Bandar Seri Putra Bangi Selangor

Tadika ABS Sg. Tangkas Kajang Selangor

Tadika ABS Sri Serdang Serdang Selangor

Tadika ABS Taman Cemerlang Gombak

Tadika ABS Bukit Rahman Putra Sg. Buloh Selangor

Tadika ABS Taman Tun Perak Cheras Kuala Lumpur

Tadika ABS Kangkar Pulai Johor

Tadika ABS Bandar Penawar Kota Tinggi Johor

Tadika ABS Merlimau Melaka

Tadika ABS Tg. Lumpur Kuantan Pahang

Tadika ABS Seri Damai Kuantan Pahang

Tadika ABS Taman Idaman
Jitra Kedah